JPM 'SEMAK' DGN MENTERI². APA KERJA DIA ORANG NI ?


1 - Menteri Kabinet Malaysia berjumlah 35 orang, berbanding cuma 16 orang di USA. Jepun dan United Kingdom cuma guna 19 dan 22 orang menteri sahaja.
2 - China dan India negara pertama dan kedua paling ramai penduduk dunia, (1. 3 bilion dan 1. 2 bilion), cuma pakai 25 dan 27 orang Menteri. Russia, negara terbesar dunia dengan hampir 150 juta penduduk, pun baru ada 32 orang.
3 - 10 orang dari 35 orang Menteri Malaysia ini, 'diparking' di Jabatan Perdana Menteri dengan potfolio yang diragui fungsinya. Ada bertaraf menteri, tapi cuma jaga perpaduan. Tugasan mereka tak perlukan tahap Menteri, cukup JUSA kanan berpangkat Pengarah atau Ketua pengarah. Adakah jawatan Menteri 'diwujudkan' demi kepentingan rakyat, atau demi kepentingan 13 parti komponen BN?
4 - Yang pastinya, bila jumlah menteri bertambah, kos gaji, elaun, pencen, kemudahan dan keistimewaan akan bertambah, kerenah birokrasi akan bercambah dan pastinya, kroni juga akan berkembang biak.
5 - Ini senarai 10 Menteri di Jabatan Perdana Menteri beserta potfolio dan parti yang diwakilinya :
01) Joseph Kurup (PBRS) - Perpaduan Nasional.
02) Nancy Syukri (PBB) - Undang - Undang Dan Perlembagaan.
03) Paul Liew (BEBAS) - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
04) Joseph Entulu A/L Belaun (PRS) - Unit Pemodenan Pentadbiran & Perancangan Pengurusan (MAMPU), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
05) Idris Jala (BEBAS) - Unit Pengurusan Prestasi Dan Perlaksanaan (PEMANDU)
06) Khair Johari Baharom (Umno) - Hal Ehwal Islam.
07) Shahidan Kassim (Umno) - Parlemen, Jawankuasa Bencana Kebangsaan, Agensi Penguatkuasa Maritim.
08) Mah Siew Keong (GERAKAN) - Lembaga Endowmen Hindu, Unit Khas Inovasi (UNIK), Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia.
09) Wee Ka Siong (MCA) - Masyarakat Cina Kampung Baru, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), Micro Kredit PKS.
10) Abd. Wahid Omar (BEBAS) - Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Kredit WKVI™

Comments

Popular posts from this blog

Najib bagaimanapun kurang bijak apabila mengeluarkan kenyataan Kelantan hanya bergantung kepada bantuan pusat. Menurutnya, semua negeri di Malaysia bergantung kepada pusat berdasarkan konsep federalisme.